Kalaulah sudah demikian makna hidup yang rencam. Sudah pastilah engkau dan aku tidak menemui jalan pulang. Andai aku dan engkau gagal dalam menyedari asal dan usul perjalanan jiwa, seeloknya kita bertanya pada dia yang tidak pernah kenal erti derita.
Tidak patut, sesiapa sahaja cuba berlaku kurang ajar dalam menyembunyikan kefasikan diri. Berselindung di sebalik segala nama yang tersembunyi. Pun, sesiapa sahaja tidak bisa menutup pekungnya begitu lama. Siapalah yang dapat menegah pemunya segala penglihatan?
24 May 2010
Tentang Kita
Kerana Dia adalah segalanya dalam cinta ini. Salam kesejahteraan adalah miliknya. Berpaksikan kepada segala luapan perasaan. Membuak tidak tertahankan. Kesunyian yang membungkam pasrah adanya. Arakian, segala maksud tidak tertangkap, masihkah ada ruang pada waktu, peri rahsia ini akan tersingkap? Pasti di dalam setiap saat, engkau akan melihat akan semua perasaan tersirat yang memberati pada segala jasad. Tiada pernah mati hasrat dengan cinta tidak akan kenal penat. Sejuta kecamuk rasa yang tertancap. Cuma sedar akan lirihan senyuman bulan pada awan yang tidak berganjak dan tetap. Maka kutemui bintang pada hati bersinar terang, menyambar segala senyuman alam. Akurlah diriku ini akan perihal insan dengan Tuhannya adalah satu penyerahan. Aku dengan diriNYA yang berselindung dalam terang dan tenang.
Subscribe to:
Comments (Atom)