Bermula sebuah kisah dalam igauan dan teladan. Sepanjang perjalanan yang berbaur dan bergaul dengan segala lumrah dunia.
Satu-satu perhitungan berjalan. Tiada antara kesemuanya.
Berahi dalam kesamaran, rencam dalam penghampiran. Kepada yang mengerti aku hulurkan salam. Berundur, tidaklah aku katakan kepada sesiapa jua.
Maju, mari ikut pelangi itu yang bersinar terang di sebalik awan. Semanis warna jingga yang memancar kala pagi subuh. Kemilau memandang pada anak mata, silau pada hati tidak peduli. Apakah mahal warna pada sejarak jangkauan hati? Dia berbisik suatu petang, sedang langit karmila menantang senyum. Tengadah kepala-kepala mereka ke langit. Sedang hati tunduk terkunci mati.
Berbalam-balam kasih menagih. Tidak terperi pedih. Mungkinkah dalam segalanya itu, terselit rasa yang padanya diriku dan dirimu ada? Sejumlah diri terpanggil untuk berbaris di ruang sempurna ini. Membilang segala pemisah yang menghalang. Tidak biasa kata mereka.
Pun padaku, kalau mereka ingin menjauh pun tidak menjadi hal. Restunya sudah mencukupi. Seperti sebelum ini, memenuhi dan meliputi.
08 February 2011
24 May 2010
Kita tidak tahu
Kalaulah sudah demikian makna hidup yang rencam. Sudah pastilah engkau dan aku tidak menemui jalan pulang. Andai aku dan engkau gagal dalam menyedari asal dan usul perjalanan jiwa, seeloknya kita bertanya pada dia yang tidak pernah kenal erti derita.
Tidak patut, sesiapa sahaja cuba berlaku kurang ajar dalam menyembunyikan kefasikan diri. Berselindung di sebalik segala nama yang tersembunyi. Pun, sesiapa sahaja tidak bisa menutup pekungnya begitu lama. Siapalah yang dapat menegah pemunya segala penglihatan?
Tidak patut, sesiapa sahaja cuba berlaku kurang ajar dalam menyembunyikan kefasikan diri. Berselindung di sebalik segala nama yang tersembunyi. Pun, sesiapa sahaja tidak bisa menutup pekungnya begitu lama. Siapalah yang dapat menegah pemunya segala penglihatan?
Tentang Kita
Kerana Dia adalah segalanya dalam cinta ini. Salam kesejahteraan adalah miliknya. Berpaksikan kepada segala luapan perasaan. Membuak tidak tertahankan. Kesunyian yang membungkam pasrah adanya. Arakian, segala maksud tidak tertangkap, masihkah ada ruang pada waktu, peri rahsia ini akan tersingkap? Pasti di dalam setiap saat, engkau akan melihat akan semua perasaan tersirat yang memberati pada segala jasad. Tiada pernah mati hasrat dengan cinta tidak akan kenal penat. Sejuta kecamuk rasa yang tertancap. Cuma sedar akan lirihan senyuman bulan pada awan yang tidak berganjak dan tetap. Maka kutemui bintang pada hati bersinar terang, menyambar segala senyuman alam. Akurlah diriku ini akan perihal insan dengan Tuhannya adalah satu penyerahan. Aku dengan diriNYA yang berselindung dalam terang dan tenang.
24 March 2010
Biar Bicara Sahaja
Apabila diri berbicara
Maka janganlah cuba menahan
Kerana mana tahu dengan bicara itu ianya akan bisa menjadi ubat mujarab
Apabila nafsu berbicara
Maka segera tahanlah akan ia
Kerana kiranya telah engkau tahu ianya akan menjadi jadam dan julap mudarat
Duhai
Nafsu yang merintih
Sampai bilakah engkau akan mengalami letih?
Sudah terlampau banyak dalih
Pada nikmat sementara hatimu berkalih
Apakah engkau menunggu tertunai akan janjiNYA yang pedih
Maka pada saat itu barulah engkau akan mengenal ertinya jerih?
Maka janganlah cuba menahan
Kerana mana tahu dengan bicara itu ianya akan bisa menjadi ubat mujarab
Apabila nafsu berbicara
Maka segera tahanlah akan ia
Kerana kiranya telah engkau tahu ianya akan menjadi jadam dan julap mudarat
Duhai
Nafsu yang merintih
Sampai bilakah engkau akan mengalami letih?
Sudah terlampau banyak dalih
Pada nikmat sementara hatimu berkalih
Apakah engkau menunggu tertunai akan janjiNYA yang pedih
Maka pada saat itu barulah engkau akan mengenal ertinya jerih?
10 June 2009
17 April 2009
02 April 2009
Tiada Pernah
Perlulah engkau menunggu lebih lama lagi
Atas janjinya masa ini
Bahawa cinta itu akan tetap datang
Walau pun ia tiada pernah hilang
"Cuma kadang-kadang, ia hadir dalam bentuk yang tidak nampak dan tidak dapat diagak!"
Atas janjinya masa ini
Bahawa cinta itu akan tetap datang
Walau pun ia tiada pernah hilang
"Cuma kadang-kadang, ia hadir dalam bentuk yang tidak nampak dan tidak dapat diagak!"
25 March 2009
Rupa-rupanya Dialah Di Sebaliknya
Dan jadikanlah dirimu daripada manusia-manusia yang mengikatkan dirinya dengan Allah. Sesungguhnya demikian itu adalah yang terbaik buat kamu. Hancur luluhkan jiwamu dalam kebesaran Allah dengan rela. Segala esak dan tangismu dalam penyerahan ini akan didengar. Janganlah engkau takut dan mengira bahawa Allah tidak mendengarimu. Sesungguhnya, Dialah yang terlebih dahulu sampai kepadamu. Diberinya rasa dalam hatimu, supaya dengannya kamu akan tersentak. Moga-moga dengan sentakan itu, jiwamu akan terjaga daripada leka yang sia-sia!
Subscribe to:
Posts (Atom)
