25 March 2009
Rupa-rupanya Dialah Di Sebaliknya
Dan jadikanlah dirimu daripada manusia-manusia yang mengikatkan dirinya dengan Allah. Sesungguhnya demikian itu adalah yang terbaik buat kamu. Hancur luluhkan jiwamu dalam kebesaran Allah dengan rela. Segala esak dan tangismu dalam penyerahan ini akan didengar. Janganlah engkau takut dan mengira bahawa Allah tidak mendengarimu. Sesungguhnya, Dialah yang terlebih dahulu sampai kepadamu. Diberinya rasa dalam hatimu, supaya dengannya kamu akan tersentak. Moga-moga dengan sentakan itu, jiwamu akan terjaga daripada leka yang sia-sia!
18 March 2009
Kongsi
Kita berkongsi rasa. Ini rasaku, dan itu rasamu. Rasanya tiada payah untuk kita saling mengecapi rasanya masing-masing. Ayuh! Ceburkan dirimu dalam gaulan rasa ini, biar sampai mesra. Agar yang pada awalnya berbeza, akan menjadi satu citra. Tiada tabir, yang ada hanya dakapan pada satu nafas yg hadir! Inilah rupa-rupanya alam yg berselindung di sebalik takdir. Bersih, tiada loya hanyir. Rasanya, perkongsian kesyuhudan ini adil,bukan?
13 March 2009
Ini Suatu Fikir Selepas Maghrib
Betapa pun aku yakin aku dan engkau telah banyak menyaksikan daun-daun gugur, aku dan engkau mungkin tidak pernah mengiranya. Mungkin itu tidak penting bagi diri. Aku dan engkau juga mungkin tidak pernah membandingkan warna-warna wujud pada sayembara alam lewat waktu ini. Akur bahawa siasah aku dan engkau mungkin tidak sampai ke kedalaman rasa itu. Aku dan engkau juga telah terlalu biasa mencicip dan mengecap rencah rasa-rasa, namun mengekalkan bentuk rasa-rasa itu selamanya mustahil sekali. Maka, engkau dan aku berkehendak akan ketaakulan ini. Sudah jelas bahawa sesungguhnya keberadaan sesuatu itu perlu dihayati. Wajib dan perlu dirasakan "pati kehidupannya". Setelah itu, barulah aku dan engkau akan mendapati padanya tersembunyi nilai-nilai keabadian hakiki!
09 March 2009
Dunia
Bilakah bunga-bunga akan kekal kembang tanpa seraut wajah bimbang?Tanpa tergugat ruang masa. Tanpa sayupnya jarak derita. Lebah-lebah pun bisa mengirai kelopak wangi, berkongsi rasa bersama-sama sang rama-rama. Maka, mekarlah perdamaian rasa. Di sekeliling kita ada cinta.
23 February 2009
Satu Soalan
Saya cuma mahu bertanya kepada yang sudi menjawab tentang maksud dan tafsiran tentang perkataan ini. Apa yang anda semua "rasa" dan "mesra". Saya juga menginginkan agar anda semua meluahkan "keberadaan" anda. Tidak kiralah bagaimana anda melihatnya daripada ruang mana pun. Ini bentuk perkataannya - DEKAT
16 February 2009
Hilang
Ini adalah kemandirian rasa yang bangkit daripada benih-benih keajaiban. Tentang penggalian-penggalian pada tanah yang zahir nuansanya mungkin tampak tidak akan mengalirkan mata-mata air penyejuk kalbu. Mungkin debu-debu kerikil berterbangan menodai fikrah fikir yang asalnya luhur. Mungkin bau hanyir lumpur,memualkan rongga nafas. Aku kira, sebesar mana pun keanehan rangkulan perkataan-perkataan ini, tidak sedikit yang cuba untuk menyelami. Aku tidak tahu, mana sudahnya sesuatu yang tidak diketahui permulaannya. Aku tidak cuba menahan, malahan aku mengalirkan. Pun bukan aku tidak mahu menuliskan, kerana aku cukup MENDENGARKAN. Mungkin kali ini, aku perlu diam. ~ mungkin ini ayat-ayat terakhir di persempadanan ruang dan waktu ini!
12 February 2009
Lukis tiada terlukis
Agar dia tenggelam dalam juzuk cahaya berwarna dan bisa melangkau akan palitan pada kanvas derita, maka ayuh ambilkan dia berus-berus pengharapan. Ajarkan dia tentang titik dan garisan yang saling sambung-menyambung. Tidak mendahului dan tidak didahului sifatnya yang mujarrad. Berikan padanya akan segala rahsia maknikam tentang cantiknya warna-warna mengelus masa. Kemudia daripada itu,tatkala telah sampai calitannya pada noktah akhir, maka pintalah olehmu akan dirinya supaya menggapai ruh. Seandainya, lukisan jiwa itu mengenal pelukisnya.
04 February 2009
An-Najmu
Seadanya aku di sisimu. Bukan tidak mahu bertatih, cuma tiada apa yang mahu kutagih. Pendam segala payah, tiada atasnya akan keluh-kesah. Sedemikian hasrat dan tujuan, tiada yang lain menjadi bayang-bayang. Apakah masih ada waham yang mungkin, sedangkan padanya telah kuperoleh akan haqqul yakin? Bertaburan dan bertebaranlah, di sana kita gapai bintang2.
01 February 2009
Mimpi Semalam Yang Silam
Semalam dia telah datang dalam mimpiku. Dia membawa bersama-samanya wangi bunga-bunga dan ambar. Telah akur pada tujuan, dia menyuguhkan padaku akan sejumlah perkataan daripada lisannya yang cukup fasih. "Cukuplah. Cukuplah dengan kejahilanmu itu. Carilah kejilahan rasa yang maknawi. Yang dapat disentuhi dan dijiwai Maka berbahagialah dirimu. Sesungguhnya tanda-tanda dan ayat-ayatnya telah cukup nyata dan jelas! Demikian itu, bebaskan dirimu daripada terbelenggu oleh segala sesuatu!"
28 January 2009
Daripada Anak-anak Kecil Palestin!
Adalah tidak adil untuk mencemuh takdir
Tiada juga janji yang seharusnya dimungkir
Biarpun sepahit mana rasa dicangkir
Dan tiada kata dapat diukir
"Hasbunallahu wa ni'mal wakil"
Itu ungkap si anak kecil
Tetap senyum di hadapan takdirMU, wahai Al-Qadir!

24 January 2009
Daimnya Pesona!
"Katanya cintanya ibarat kilau permata. Indahnya cemerlang penuh seri. Terpukau segala nian dan daimya pesona. Nian kataku!"
Dan ibarat resah pada suatu waktu yang mendesah. Terjamah dengan sentuhan paling santun pada hati. Inderaloka terbuka menampilkan ruang bicara. Lenggok gemala puteri menari atas pancanya persada. Bukan kepalang deruan perasaan, sampai bilakah harus kudendam? Sejuta kalam merayu membeku!

22 January 2009
Bening
Mereka membuat cintanya bening, dan lebih bening. Tanpa hasrat, tanpa amarah. Dalam kebeningan ini, mereka menerima dan memantulkan kembali lukisan dari setiap potong waktu, dari dunia ini, dari gemintang, dari tirai penghalang!
Ini Suatu Perjanjian!
Tentu sekali aku telah terbiasa begini. Menagih dan mengagihkan bejana rasa. Berteguh-teguhlah, ini suatu perkongsian jiwa dalam halaqah mujahadah. Mungkin kita akan terus berdiri dan hidup dengan ruh-ruh yg berterbangan merdeka! Atau pun kita syahid sahaja tanda rela! Tegarlah, kerana walau apa pun penyudahnya, bersujud syukurlah atas segala jubah dan khirqahnya yang telah dikenakan kepada kita semua!
Kata-kata Berkunci
Aku menilai dari satu sudut jendela hati,
Tentang pemurnian rasa ini,
Mungkinkah akal bisa tafakur sejengkal?
Atau mendalamnya tafsir maksud dirungkai?
Alang kepalang, bertali-temali mengunci jiwa?
Ayuh, aku telah berikan padamu kunci!

17 January 2009
HUWA
Imam Abu Bakar al-Furik berkata bahawa HUWA ialah rangkaian daripada dua huruf HA dan WAU. Untuk mengucapkan HA suaranya keluar daripada tenggorok dalam, yang merupakan pengeluaran suara terakhir, manakala WAU pula pengucapannya adalah daripada bibir, yang merupakan awal pengeluaran suara. Jadi, HUWA merupakan isyarat bahawa awal atau mulanya setiap kejadian itu tidak terlepas daripadaNya, dan setiap kejadian itu juga kembali kepadaNya. Itulah isyarat daripada firmanNYA : "Dialah yang awal dan yang akhir". (Al-Hadid 57:3)-Petikan daripada TAFSIR SUFI iaitu terjemahan kitab asal At-Ta'bir Fit-Tadhkir karya Imam Qusyairi
15 January 2009
Dia Di Atas Jalan
Cubalah lihat pada damainya sang hati. Berbicara lunas dalam ruang lingkupnya yang tersendiri.Seringkalinya,hati perlu disergah dan diterjah dengan pukulan-pukulan keras supaya menjadi Al-ardhul muqaddasah! Supaya hilang segala walah,biarpun segala walah itu sebagai permulaan.Terpaku pd ambang pintu,berdiri tidak berganjak.Alangkah walang dan alangkah girang, kehilangan dalam ketiadaan menemukan kewujudan keghaiban! Itulah puncak pendakian,itulah tahaqquq kata mereka.Golongan-golongan muhayyimin,tambah mereka lagi. Sebenar-benar kehidupan,itulah keberadaan dalam kesendirian. Singkapan yang diangkat,jelas menggetarkan dan menggoncangkan segala sendi dan anggota! Aku rasa aku bisa mati dalam renjatan-renjatan rabbani ini!
27 November 2008
Kenangan lagi!
Kalau mungkin bisa kita bertebaran mencari secebis rasa pada tingginya langit dunia, sudikah engkau memautku dengan tebaran redup sisir sayap cintamu?
Bicaraku,
Sesungguhnya seorang yang muhsin telah merajai akan wilayah cinta Ilahi. Saat itu, siapa yang dicintai dan mencintai? Aku sedar, di celahan masa itu, satu saat pada erti rindu membuatkan masa menjadi kaku dan bunga-bunga kembali segar bagaikan tidak pernah layu. Sebagaimana mekarnya, maka sucikanlah jiwamu daripada ragu-ragu. Inilah satu suluhan pada menyaksikan akan jernihnya hati apabila mengungkapkan kata dan memahami rasa cinta. Maka, bebaskan segala ajsammu dan biarkan cahaya ini menyinari seluruh sudurmu. Aku berkata, kekallah segala yang kekal dan fanalah segala yang fana.
Bicaramu,
Lantas, aku menggapai nirmala. Menyaksikan akan terpancarnya cahaya suci daripada lubuk hati yang satu, aku sebenarnya hanya tunduk menyerah. Rasanya adalah rasa yang tidak berbunyi. Dan, aku sesungguhnya mengharapkan engkau mengerti dengan faham yang mutmainnah. Inilah rasa bagi diriku. Alangkah indahnya mahkotamu wahai jiwa. Engkau telah menerima sejuta sentuhan daripada jiwa suci dan engkau telah menceburkan diri ke dalam lazat-lazat kejadian yang paling seni. Inilah sebagai galang ganti segala jerih dan payah. Nah, ini sekeping hati buatmu.
Mengapa perlu ada derita ketika bulan melimpahkan cahaya?
Bicaraku,
Denyut-denyut nadi berima nan satu makin mencelikkan rasa. Sehirup nafas, apakah bisa menceritakan segala rahsia. Sudah cukuplah engkau sebagai pujangga berhiba. Engkau telah melafazkan sekian banyak setia pada sebuah pualam jiwa. Namun, hasilnya telah meninggalkan dirimu tanpa sebarang waris dan wasilah. Sebenarnya, aku telah merasakan engkau telah bertaklid di atas sebuah wacana yang bisa membuatkan mata hatimu menjadi buta. Inikah kehendakmu? Tidak, aku yakin ianya bukan sepertimana mahumu. Engkau hanya menginginkan sebuah hati yang rindu, katamu. Selamilah erti sebuah mujahadah pada kalbu engkau dengan zikir yang tidak kunjung putus. Inipun adalah pembukaan kepada hati yang sejahtera.
Bicaramu,
Dalam sebuah kesunyian tanpa ada padanya ruang-ruang lapang, engkau perlu kepada tafakur. Engkau perlu bersunyi-sunyi dengan jiwamu, kataku. Terjunkanlah dirimu ke dalam suasana bening kasih. Temuilah Al-Wahid. Temukan cinta pada suatu sudut hatimu yang sedang khusyuk beriktikaf. Kiranya, begitulah yang terbaik. Tiada guna padanya akan suasana hiruk-pikuk hati, tetapi hatimu tetap menangisi. Apa gunanya jika bibirmu menguntum senyum sedang hati merudum terluka? Ini adalah suatu jalan pilihan. Ini adalah sebuah tarekat cinta.
Bicaraku,
Sayugia, engkau menerima segala nasihat-nasihat daripada pembawa jalan benar. Menabrak hati-hati ini dengan panah-panah bersalut racun bisa. Tdak mungkin engkau mati, racun bisa itu kata mereka adalah ujian sahaja. Semoga hatimu kalis kepada bisa-bisa. Ada berapa lataif dalam lubuk hatimu? Berapakah arasynya yang telah engkau singkap akan sirrnya? Sebaiknya engkau mengekali akan sucinya latifah rabbaniyyahmu itu.Inilah ertinya engkau telah lama mengenal akan cinta yang hak. Cuma, engkau telah lupa dan luput akan cemerlang rasanya.
Bicaramu,
Hilang segala yang telah tersembunyi itu adalah sesuatu yang biasa. Namun, bisakah engkau pada sesuatu yang adanya hanya pada rasa yang tidak berbunyi? Namun, alam ini tidaklah pernah sunyi daripadanya. Ini adalah kenyataan bagi sebuah makna ada. Lawannya bagi tiada. Kita lihat pada sisi bertentangan. Untuk melihat pada ujudnya, maka rasailah pada tiadanya. Hilangnya terasa, kan? Mendambakan kasih pada hakikat cinta orang yang ruju’, apalah salahnya kiranya engkau memakai pakaian seorang darwisy? Maka, tadahkan tempurung hatimu menerima dinar-dinar buat membeli cinta hakiki.
Al-faqir itu tunduk memandang tempurung hatinya.
membilang-bilang dinar dan dirham zikir yang tidak putus-putus.
"Mengapa engkau tidak membeli pakaian baru dengan dinar dan dirham itu?"
Al-faqir itu diam.
menerawang latifah rabbaniahnya bersama denting-denting dinar dan dirham itu, persoalan itu tidak dihiraukannya.

Al-faqir bangun dan dia berhujah.
"Aku selamanya adalah seorang darwis, dan seorang darwis adalah Al-faqir.
Engkau adalah Sang Raja, dan tidaklah aku menghinakan diriku melainkan aku memuliakan DiriMU.
Bicaraku,
Aku adalah andika yang mencernakan segala kisah. Sedikit sahaja yang terasa barangkali akan lazatnya. Tetapi, ini adalah panduan jalan fikir buat yang mahu mengambil peduli. Gerak rasa dan tarian hati ini tidak pernah akan terhenti. Meskipun demikian kisah, aku tidak pernah peduli.Dalam melestarikan cinta dan kasih ini, aku rela mati. Ambillah jasadku, tetapi jiwa ini bebaskanlah. Aku hanya punya jiwa ini buat dirinya.
Bicaramu,
Waspadalah terhadap segala ghair dan ghayyah. Ini adalah suatu rintangan yang menghalang kepada sampainya hatimu kepada suatu pertemuan hakiki. Mungkin erti semuanya telah berganjak daripada hasrat yang asal. Sudah menjadi begitu berbeza. Apakah nilaian paling adil? Ertinya pada kesudahan untuk segala kisah? Engkau bungkam dan aku diam. Masing-masing terpaku pada paksi-paksi sendiri. Sudah begitu takluknya akal, maka apa yang masih tersisa? Kelak, moga-moga kita mengerti bahawa di sebalik tadbir itu adanya takdir. Suatu ketentuan yang mutlak pada hakikatnya. Di sini, pasrah tidak bererti cinta telah mulai goyah. Inilah al-hikmah dan suatu nikmat bagi jiwa-jiwa yang mengalami ekstasi cinta. Tentu, bukan calang-calang jiwanya. Pastilah mereka yang telah mencapai al-maqsudul haq ini telah benar-benar mempunya al-haqqul maqsud.
Bicaraku,
Membiarkan segalanya menjadi kaku adalah bukan pilihan. Petualang itu sebenarnya adalah rasa pada diri sendiri. Tentunya engkau pernah mengalami amukan rasa. Pelukan rasa terkadang perlu dilepaskan. Sama ada dia melepaskanmu atau engkau sendiri merungkaikannya dengan penuh rasa rela. Benar dan alangkah benar. Sang hujan menyuburkan. Sang hujan membinasakan. Tapi, akan binasakah mereka yang tabah hati? Sedar akan mereka itu akan sinar mentari. Aku yakin dengan yakin yang hak. Rencam dalam duniamu, tidaklah mengundang sebarang waham. Aku terfikir untuk untuk memperhatikan akan hal itu. Bicarakah hatimu dengan erti setia dan rindu? Sepertinya, segalanya seakan terhenti dan engkau telah tersyuhud pada erti cinta sebenar. Apakah telah hilang dahaga pada seorang pengembara?
Bicaramu,
Telah aku bersuara dengan kata-kata yang ada pada jiwa. Sejujur dan seadilnya. Maka, abadikanlah dalam tafakur akan segala kalimah. Dekat dan semakin mendekat jiwa kita, segala faham telah menjadi satu. Ini adalah asas kepada wujudnya erti cinta. Kita tidak akan membiarkan sedetik menjadi sia-sia. Tetapi, biarlah setiap satunya menjadi saksi dan terus kekalnya ia pada keadaan sempurna. Sesudah engkau berupaya mencipta pada satu titik sediakala, ini masanya untuk terus mengujakan rasa. Demikian adanya, sesiapa yang bisa menyirat segala jalinan rasa.
Bicaraku,
Hakikatnya engkau telah memandang akan adanya pengabdian dalam mempamerkan keikhlasan. Telah engkau dikhabarkan dengan keperluan bermujahadah. Pertegakkanlah jiwamu. Jangan sesekali engkau tertewas pada kemilau pedang-pedang tajam pada jalan ini. Sesungguhnya, pada jalan ini telah tersedia seribu satu pertolongan dan seribu satu pengharapan. Ini bukanlah jalan untuk si pengecut.
Bicaramu,
Sedaya upayamu engkau telah cuba memartabatkan kejilahan ini sekian abad waktu. Tiada yang menyalahi segala yang telah engkau jalani, kecuali pada orang-orang yang munafik jiwanya akan mencerca. Tetapi, tidak mengapalah. Mereka selamanya tidak akan bisa memahami. Engkau hanya melakonkan cerita menurut setiap watak dan peranan. Maka, biarkanlah mereka dengan watak dan peranan mereka. Moga-moga, mereka ditemukan dengan erti sebuah taubat.
Orang mencari dan mengenal erti atas dasar sendiri-sendiri
Hidup tanpa hidup adalah mati
Nyata dalam pentafsiran hakiki tentang maksud keempunyaan dan serah-kembali
Manusia sewajibnya diajar tentang menjalani kesempurnaan
Mengangkat darjat diri ke makam agung
Mentahkik yang setitik dari mana asalnya dan ke mana tempat kembali.
Belajar dan menerima faham daripada kurnia dan anugerah
Atas campakan taufik dan hidayah ke dalam qalbu manusia
Setelah itulah engkau diiktiraf sebagai manusia-manusia yang yakin dan percaya.
Bicaraku,
Jikalau hendak kugapai sejuta makna dalam keagungan makrifat, rasanya tidak ada jalan senang. Maka, tabahkanlah jati dirimu dengan rela. Relakah engkau memberikan jiwa pada kata-kata? Sesungguhnya, segala kesucian tidak akan menempati ruang-ruang yang kotor dengan mazmumah. Sewajarnya, bejana hatimu itu perlu kepadanya akan suci. Carilah air zam-zam murni dari kolam airmata pada kedua-dua matamu. Inilah air mutlak buatmu berwuduk. Wuduklah dengan wuduk yang sempurna. Hadapkanlah wajahmu ke arah kiblat cinta dengan rasa penuh khusyuk dan ikhlas. Moga-moga wajahmu dipandang oleh Sang Kekasih dengan penuh tertawa.

13 November 2008
Sajak Hari Q
Hari ini kena buat sajak Hari Q la pulak...
Tidak ketahuanlah sama ada ok ke tidak. Tak pernah-pernah buat sajak macam ini. Kalau cintan-cintun bolehlah!
MENCARI KUALITI
HARI INI
SAAT INI
KITA BERCAKAP TENTANG KUALITI
TENTANG PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN YANG DIBERI
TENTANG MANIS DAN RAMAHNYA SENYUMAN MENGHIASI
ITU SEMUA KUALITI PERIBADI YANG DICARI
SEDARI SEJAK MULA,
DALAM KERAHAN USAHA DAN GEMBELENGAN TENAGA
KITA BERSAMA BERSATU HATI PENUH INTEGRITI
JAYAKAN MISI DAN MISI
BUKANKAH ITU KUALITI YANG DICARI?
AYUH,
MARI KITA BINA KECEMERLANGAN DAN JATI DIRI
BIAR LEBUR SEGALA KEINGINAN MAJAZI
BIAR HILANG SEGALA PESONA PADA RASUAH
PEGANG SEGALA AMANAH
HINDAR SEGALA PUNAH!
KITA SEKARANG PERLU BERMULA
PERBAHARUI KOMITMEN DAN BUDAYA KERJA
LAKSANAKAN SEGALA RANCANGAN DAN AGENDA
JABATAN DAN NEGARA!
SEBENARNYA KITA INI WARGA PERHILITAN YANG GAH DAN
CEMERLANG NAMANYA!
TIDAK HANYA MAKAN GAJI BUTA
CUKUP BULAN BAYAR ANSURAN RUMAH
HUTANG KAD KREDIT DAN KERETA SAHAJA!
ASAL SAHAJA
“BETULKAN YANG BIASA DAN BIASAKAN YANG BETUL!”
TERSEMAT DI DADA!

04 November 2008
Sujud
Dan,
Aku telah menetap di sujudKU di HadratMU, seluruhnya!
Aku tidak ingin bangkit!
Telah menahan akan DIRIMU atas diriku akan kehambaanku!
Dan aku pasrah, seluruhnya!
Tutupi aku dan kekanglah aku dengan RahimMU!

Raup
Semakin berdesir semilir yang telah mencakupi tujuh musim gemuruhnya.
Aneh, tiada sesiapa yang merasa terpinga dengan kewajaran ini.
Gemeresik suara berbisik halus di telinga, aku ingin pulang katanya.
Pulang ke pangkuan diriKU yang kurindu.
Remuk segala dendam, padam segala kelam.
Alhamdulillah!
Di maka engkau berada pada takhta yang sinar gemal kencana?
"Pujinya tidak terperi, tiada erti paling hakiki.
Bilang satu-satu, mana yang memenuhi piala hati ini dengan jumlah paling banyak?"
Dan, cinta pun meraup wajah!

Subscribe to:
Posts (Atom)