17 September 2006

Hatiku dan Hatimu!

Berkata Wahab bin Munabbih, bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda: Allah Ta'ala berfirman: "Sesungguhnya semua petala langit dan bumi akan menjadi sempit untuk mengenal ZatKu, akan tetapi Aku mudah untuk dirangkul oleh kalbu(hati) seorang Mukmin." (Riwayat Ahmad)

Kebetulannya, aku ini telah terjerumus ke lembah atma paling dalam dan aku tidak bisa mendaki. Aku telah mengira-ngira tentang kecacatan hati ini. Puas aku membelahnya kepada juzuk-juzuk kecil sehingga ke bilangan ganjil, namun dalam ganjilnya itu terserlah genapnya. Lalu, aku menyimpulkan bahawa selamanya hati itu kedudukannya adalah bersendirian, namun berdirinya adalah pada erti bersertakan!

0 comments: