13 September 2006

Hidup Yang Sedar!

Hidup ini bukan begini sahaja. Lantas kita perlu akur dengan tuntutan yang perlu ditunaikan. Cuba engkau perhatikan pada segenap jasadmu. Bermula daripada hujung rambut sehingga hujung kaki. Bermula daripada lidah dan berakhir pada hati. Bertempat pada zahirmu dan juga batinmu. Semuanya itu akan menjadi saksi dan juga bukti. Biarlah aku merangkumkan segala apa yang kusebutkan itu, sebagai satu sahaja iaitu "jiwamu". Ya, jiwamu adalah dirimu. Elok juga kita merungkaikan segala persoalan ini. Kehidupan kita ini (kalau ini yang dinamakan al-hayah!) sebenarnya terdiri daripada dua keadaan. Pertama, kupernamakan ia keadaan sedar dan kedua tidak sedar. Sebelum kuperjelaskan lagi, eloklah kita semua "menyedari" bahawa jiwa kita ini mempunyai dua muka cermin (begitulah ibaratnya). Muka zahir dan juga muka batin. Muka yang zahir ini mengadap kepada alam ajsam ini dan muka yang batin itu mengadap kepada wajah Allah.

Bagi orang-orang yang telah mencapai kebersihan jiwa secara mutlak (atau tingkatan / martabat / darjat Ahlillah), maka bagi dirinya kedua2 permukaan cermin itu adalah telus dan menembus. Inilah dipernamakan sebagai "hidup yang sedar" atau "sedar yang hidup"! Kita melihatnya dapat bermuamalah dengan manusia, sedangkan hatinya yang batin itu senantiasa hidup dengan ingat kepada Allah! Peka olehnya bahawa bagi dirinya itu adalah hak bagi Allah semata-mata. Maka, bagi dirinya itulah disebutkan sebagai billah!

Duhai insan! Kembalilah kepada fitrah insaniah yang sebenar.
"Insan itu rahsiaKU, dan AKUlah rahsianya".

0 comments: