Madad asyik itu terus meliputi dirinya. Sekujur tubuhnya dirasakan menggigil. Dirasakannya waktu telah mati dan yang tinggal hanyalah rasanya yang bersemadi. Kudus rasanya jiwa tatkala gelora itu melanda. Juntaian kesedaran semakin menggila. Aduh, dengan pedang jiwa itu dia dibunuh.
Semoga makbul dan mabrur cintamu. Dia mencari sang cinta yang tidak pernah nampak. Sang cinta katanya berselindung di sebalik kerudung sutera ungu sekian lama. Sudah lama sang cinta itu diperhatikan. Cinta pingitan, ujarnya lagi. Mahu diselaknya kerudung sutera itu, tetapi hatinya malu. Bukannya apa, takut-takut kerlingan sang cinta sangat tajam memanah tangkai hati. Pun, dia tidak takut mati dengan panahan itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment