26 September 2006

Qurbah

Biarlah aku terus melarik hakikat cinta ini. Telah aku sambut deruan bayu yang tuntas ini dengan berlapang dada penuh reda. Tekadlah si dia merelakan jiwanya disentuh dengan debar-debar menggoncang naluri. Kemana mahu diterbangkan jiwanya, dia bertanya. Maka penuhi olehmu akan segala munajat panjangmu dengan kesaksian atas rindumu yang menggebu. Serlahkanlah, namun sembunyikanlah! Ini adalah di antara dirimu dan dirinya. Gila dalam sedar, dan sedar dalam gila. Sayugia itu adalah yang terbaik buatmu!

0 comments: