Irama jiwa terus bergumam. Kali ini bahasanya terlalu tulus. Si kelkatu betul-betul terpaku. Tiada apa yang dapat diperbuat kecuali memerhatikan bulan menangis. Sendunya terlalu sarat. Segenapnya adalah hening. Kelkatu mahu bertanya, namun bibirnya kelu. Namun, digagahkan jua. "Apa erti tangismu bulan?"
Bulan mengesat matanya yang berair. Bulan memandang kekasih hatinya.
"Aku menangisi cinta yang telah dibunuh tanpa sebarang sebab. Bagaimanakah cinta yang sewajarnya kekal keberadaannya telah disangkal dengan rasa yang begitu dangkal? Berikan aku segala rasa dan hujah yang atsar buat menghilang segala cemar!"
19 September 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment