01 March 2008

Mabuk!

Dia datang kepadaku pada suatu hari tanpa sebarang isyarat."Berilah secangkir rasa kemabukan kepadaku".Katanya. Tika itu aku sedang memegang sebejana rasa cinta yang membuak-buak. Buih-buihnya halus menari-nari di dasarnya, secerah cerminan yakut merah! Aku mengambil cangkir Al-Latif yang bersifat tenang yang kelembutannya akan meredakan badai resah. Kutuangkan khamar itu penuh hati-hati, bimbang ia akan tumpah. Sesudah itu, kuhulurkan padanya dengan tangan kananku sendiri. "Wahai jiwa yang sedang derita, minumlah daripada cangkir ini. Tetapi, teguklah dengan penuh adab susila dan menjaga tingkahmu. Sesungguhnya, engkau tidak akan bisa menerima terjahan rasa kemabukan itu sekaligus. Bimbang aku engkau akan mengalami binasa." Tegasku. Dia memandangku dengan satu pandangan yang tidak pernah aku melihat seorang yang lain pun pernah memandangku dengan begitu. Matanya, begitu hening. Seolah-olah dapat kulihat anak matanya memancarkan nur yang paling tajam. Tembus. Terpempan aku oleh sentuhan kilauannya. Aneh, kurasakan aku mabuk dalam nurnya, walhal selama ini mabukku adalah kerana khamar merah itu! Kepayang dalam mabuk, aku mendengar dia bersyair!

"Hari ini telah mabrurlah kemabukan si pemabuk cinta
dia memberikan mabuknya kepada yang mendambakannya
sedang kemabukan itu juga telah berjangkit kepada dirinya!"

0 comments: