Bisikan Sirr (siri 1)
Petikan Sirr 12
"Dunia bukanlah syurga. Mereka yang mencintai dunia adalah mencintai penderitaan.
Penderitaan berpunca dari nafsu dan akal. Mereka yang tiada memiliki keduanya adalah bebas dari merasai apa yang berlaku.
Akal menangkap peristiwa, hati menerima dan mengolahkannya. Jika hati bernafsu ammarah, segala peristiwa akan diolah oleh nafsu ammarah. Maka jiwanya tidak pernah kenal diam dari merungut, kecewa, dengki, marah, dendam dan kesedihan. Hatinya tidak akan tenang walaupun memiliki segunung emas.
Nafsu ammarah adalah punca penderitaan insan. Lihatlah dunia hari ini yang penuh penderitaan. Ia adalah lontaran nafsu ammarah yang ada dalam diri ramai manusia dan pemimpin dunia.
Nafsu tamak, angkuh dan gilakan kekuasaan, tiada belas kasihan adalah pendorong kepada kemusnahan alam.
Nafsu ammarah adalah sebahagian nyalaan api neraka yang ada dalam diri insan. Ia sentiasa membakar hati dan akal, maka lahirlah tekanan dalam kehidupan."
“Apakah kamu lihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara ke atasnya?” (Al-Furqan: 4)
.....................
Ayat-ayat di atas merupakan sebahagian petikan daripada buku ini. Ia mengandungi 28 bicara sirr (sirr = rahsia qalbu) dan beberapa sajak kerohanian. Bersaiz poket, keseluruhan 84 mukasurat (tak termasuk kulit), dijual dengan harga RM3 sahaja (+ RM1 lagi untuk kos penghantaran).
Diolah dalam bahasa jiwa yang mudah dan menyentuh hati. Sesuai dibawa ke mana-mana sebagai penawar jiwa atau dihadiahkan kepada orang lain.
Jika berminat boleh sms nama dan alamat penuh ke 0199241197 @ 0133635451. Bayaran melalui transfer credit RM4 sahaja ke no hp ini, tak perlulah ke bank. Pembelian 30 naskah ke atas, akan diberikan diskaun istimewa! Cetakan terhad.
02 April 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment