30 December 2005

Cinta Tidak Perlu Tajuk

Bicaraku,
Telah termaktub natijah-natijah ini pada naskhah-naskhah wasiat seorang Al-Ghumarat. Jiwaku ini adalah jiwa seorang yang telah diragut dengan penyakit-penyakit cinta yang merasuk Engkau tidak bisa terfahamkan jika engkau tidak punyai penyakit sepertiku. Pun padaku, ini bukanlah sesuatu yang membawa derita. Aku yang telah tergantung pada misykat bercahaya dengan nur dan aku tidak mahu sembuh.


Biar aku bercerita padamu tentang mahabbah dan ishq
Seorang kekasih bisa menemukan ishq dalam mahabbahnya
Mahabbah adalah lautan cinta dan ishq adalah mutiara hitam
Untuk menyelam dalam lautan mahabbah, engkau perlu menjadi seorang majnun untuk menggapai ishq yang agung!
Seorang al-majnun adalah dia yang telah hilang!
Mahabbah adalah resolusi kepada al-hawa' dan al-jawa'
Hatimu bisa sahaja hancur kerana penyakit yang merasuk ini
Ishq adalah sebagai ubat mujarab
Engkau temui ia dalam kebenaran tentang dirimu dan Al-Khaliq

Di saat itu siapakah Sang Pencinta dan siapakah Yang Dicinta?

1 comments:

Perindu said...

Andai cinta tiada perlu bertajuk
perlukah ia bernama?

Atau ia sekadar mitos lagenda
diturunkan sekadar menghibur hati yang lara
sebagai pengubat hati yang terluka

Andai pecinta wujud didunia
akan kah ia bahagia selamanya
atau pun derita menghantuinya
lantaran cinta nya tiada bernama?

Andainya cinta itu membawa penyakit
apakah ubat penyembuhnya
adakah kata kata yang manis belaka
atau pun belaian asmara pengubat jiwa

sering ku baca kisah cinta
kisah seperti majnun dan lailanya
adakah wujud ia didunia nyata
atau hanyalah mitos semata

demi mengubat hati yang lara
demi mengubat hati yang terluka
demi mencipta dunia indah belaka
berlatarkan ilusi berteraskan mimpi

-= Perindu =-
S.A.C 191511022006