Aku melihat segala apa yang ada pada diri ini. Teraku pada segenap zahir yang tertera dan segenap batin yang terasa, pada semuanya! Segalanya ini adalah suatu penyaksian, juga satu kehairanan yang bisa membuatkan aku dan engkau tunduk. Suatu keadaan yang tidak dapat diceritakan jika tidak merasainya sendiri.
Andainya kerana pengenalan inilah yang dicari-cari, maka atas desah-desah ini aku sungguh khuatir! Khuatir aku akan diriku, khuatir aku akan dirimu. Walhal, perkataan "aku" dan "engkau" itu tiada khuatir atasnya. Semadi dan atas dasar kerahsiaan yang tulus ini, aku telah perlihatkan padamu tentang tanda-tandanya dengan begitu terang. Namun, tetap engkau tidak menyaksikannya!
Maka, berzikirlah sehingga dirimu itu sendiri adalah zikir.
Leburkan segala ilah yang selain termasuk dirimu itu kecuali Dia!
16 August 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment