Sebenarnya cukup payah. Benar, cukup payah untuk hati ini menerima keadaan hiba yang satu ini. Aku fikir tajalli Tuhan yang bagaimana kali ini telah menembus. Sedar atau tidak ini adalah takyid yang tertimpa. Dicubanya hati anak Adam itu dengan pelbagai ujian dan cubaan. Betapa payah benar untuk melatih hati untuk sentiasa tersenyum. Memang, hidup ini adalah di celahan air mata dan juga tawa ria. Padaku, berlakulah apa yang telah berlaku sesuai dengan kehendakNya. Aku hanya meniti atas batasan masa, menjalani segala skrip cerita. Sudah barang tentulah, skrip cerita itu telah diolahNya sebegitu rupa dengan mengambilkira segala rasa yang perlu ada. Tidak terlihatkan bagi yang tidak mahu membuka mata hati, dan tidak terdengarkan bagi mereka yang telinganya telah tuli.
Semoga dalam terpaan-terpaan ke atas segala qa'inat dan mumkin ini adalah menjadi sesuatu yang bisa menyejukkan hati dan menyubur tunjang tauhid atas imanku kepadaMu, InsyaAllah!
Sesungguhnya aku sedar rahmat dan maghfirah Allah itu tidak pernah putus kepada hambaNya.
Sesungguhnya Dia tidak pernah meninggalkan hambanya bersendirian walaupun sedetik!
Rabbi yassir wa la tu'assir! Tuhan, permudahkanlah dan jangan Engkau berikan kesusahan!
10 August 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment