25 October 2007
Katanya Itulah Rupa Cinta II
Benar,
Cinta ada apabila ia mahu ada!
Adanya itu wujud dalam pelbagai keadaan yang kadang kala
sukar untuk ditafsir!
Benar juga kata mereka yang telah fasih,
cinta tidak boleh ditafsir kerana cinta memang tidak boleh ditafsir!
Tapi, aku tahu.
Engkau memang mahu tahu erti cinta!
Dan, kalau-kalau engkau telah bertemu dengan pengertian yang benar-benar engkau inginkan, maka beritahukanlah juga padaku.
Dan, ini juga panduan kepadamu!
Cinta juga adalah puncak segala kehendak rasamu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment