21 October 2007
Kita Harus
Seekor beluncas pernah bercerita kepadaku!
Katanya,
"Kita barangkali harus menerima lumrah ini!
Tentang wanginya bunga-bunga cantik yang menguntum senyuman di dataran permai
Tentang hangatnya terbit mentari pagi selepas hujan renyai
Tentang indahnya jaluran pelangi yang mengintai dari celahan awan
Maka,sebahagian hati pun tiba-tiba mekar!
Penuh santun!"
Kita leka memerhatikan rupa dan bentuk keanehan
dalam segala cerita!
(Apa ada pada seekor beluncas?)
Sedar-sedar kita betah membiarkan hujan air mata melanda!
"Moga-moga masih ada lagi ruang-ruang hati untuk diisi
dengan kebahagiaan ini!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment