Dan kepada Allah lah hambamu berserah diri.
Itu pernyataan yang patut ada bagi seorng insan. Kiranya usia aku semakin menginjak. Menghampiri angka 40-an dalam 4 tahun lagi. Uban pun dah banyak memutih di atas kepala. Terfikir, sudah sebanyak mana amal dikerjakan. Sudah setakat mana aku mengenal Tuhan? Sebenarnya, aku masih leka dan terlena dengan bunga-bunga duniawi. Nammun, dunia bukan yang perlu dipersalahkan. Akulah yang bersalah. Dunia dengan tugasnya. Aku dengan janjiku yang masih belum terlaksana. Entah bagaimana mahu menghadap Tuhan Rabbul Jalil. Malu dan takut. Sebabnya, dosa dibuat setiap hari seolah-olah Tuhan itu dilupakan dan ingatan pada DIA "tiada". Dan, kalau pun ingat kepadaNYA, tika itu sahajalah. Selepas itu, luput semula.
Allahu Rabbi. Aku malu menyebut kalimah itu. Sebab terkadang, kemuncak kemahuan aku jauh tersasar. Yang lain sebenarnya menjadi kemuncak pujaan. Jauh daripada "Zaalika ddiinul qayyim." Pengertiannya jika didasarkan kepada hakikat diri, terlalu amat jauh.
Sudah berapa lama aku berada atas jalan ini? Sedari kecil. Bermula daripada darjah 4, aku kenal dia. Tingkatan 5, aku bernaung di bawahnya. Dan kini, aku sebagai ahli keluarganya. Namun, kurasakan itu tidak juga bermanafaat bagiku. Kerana bukan darah daging dan hubungan yang menjamin aku akan selamat.
Wahai diri. Kutanyakan padamu. Apa kesudahanmu?
15 April 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kita balik ke asal yg esal awal kalam sakamun qaulammirrabbirrahim.
asal yg esa
Post a Comment