30 Julai 2006 (Ahad). Tarikh itu tak mungkin dapat aku lupakan seumur hidup. Itu adalah tarikh pemergian dan tarikh perpisahan antara aku dan ayahku yang menyambut panggilan Ilahi. Aku pasrah, namun tetap terbayang akan belaian kasih sayangnya yang tidak pernah kunjung putus. Jika dikirakan memang tidak terbalas. Aku redha kerana aku tahu ketentuan itu semuanya telah ditakdirkan Allah. Cukup hanya setakat itu sahaja usianya bersama aku dan keluarga. Tiada kata paling sempurna selain doa seorang anak yang soleh. Moga-moga hasil didikanmu dan doamu, aku adalah begitu!
Ayah
Saat aku menatap wajahmu dalam tidur tenang maha panjang
Aku harap engkau bermimpi bertemu Kekasihmu penuh bahagia
Duhai Yang Maha Lembut, maka lemah lembutlah terhadapnya!
Maka terhadapMu duhai Tuhan, kasihinilah dia sebagaimana dia mengasihiku
Ambillah dia dalam pelukan maghfirahmu!
09 August 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
moga kau juga dilimpahi dengan ketenangan yang maha panjang
wahai yg menenangkan jiwa
tenang-tenagkanlah hatinya.
Post a Comment